Tuesday, November 10, 2009

KURSUS PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR

Buat julung-julung kalinya Koperasi Penternakan Akuakultur Air Tawar Berhad (KOTAWA) dan Green Vision Sdn Bhd bersama-sama menganjurkan kursus pembenihan ikan air tawar secara berkumpulan. Ia akan memberi lebih ruang,peluang dan idea kepada para peserta melalui pengalaman dan cerita masing-masing. Kursus Pembenihan secara berkumpulan ini hanya dibuka untuk 10 peserta sahaja bagi setiap sesi kursus. Peserta akan di ajar secara teori dan praktikal cara melakukan pembenihan,membesarkan rega, menternak makanan rega(moina) dan juga cara pemasaran. Malah, peserta kursus juga akan diberi tunjuk ajar cara menyediakan kertas kerja untuk tujuan pinjaman.
Kursus pembenihan ini dijalankan selama 4 hari berturut-turut yang bertujuan untuk mendedahkan para peserta melihat sendiri bagaimana rega terhasil. Oleh itu, peserta kursus disediakan penginapan dan makan minum sepanjang kursus diadakan. Selepas tamat kursus, semua peserta diberikan sijil.
Untuk keterangan lanjut atau tempahan kursus, sila hubungi 0129729851/0126400452 - Haezrina.

No comments: