Tuesday, July 14, 2009

Hari Koperasi Negara 2009

Venue: Stadium Tertutup Indra Mulia, Ipoh
Date:17-19 Julai 2009

Sempena Hari Koperasi Negara 2009, KOTAWA akan turut serta mempamerkan dan menjual produk-produk hiliran berasaskan ikan keli seperti keli salai, keli kering,serunding keli, pekasam keli dan yang paling terbaru adalah keli breaded.

Untuk keli breaded, kami hidangkan bersama-sama nasi lemak atau fries mengikut pilihan pelanggan. Harga RM 4.90 setiap set.

Pengeluaran Pellet ditangguhkan lagi..

hari berganti hari, bulan berganti bulan...operasi pengeluaran pellet KOTAWA belum dapat dilaksanakan. Seperti yang diketahui umum, mesin dan kelengkapan lain telah siap sedia di kilang. Tetapi, hanya menanti penyambungan elektrik 3-phase ke kilang. Kenapa lambat?permohonan telah dibuat sejak Mac lalu..tetapi pihak yang berkenaan memberi pelbagai alasan seperti 3 bulan prosedur, dan selepas menunggu selama 3 bulan, pihak berkenaan masih belum berbuat apa-apa. Bila aduan dibuat, kami hanya dimaklumkan tunggu respon seterusnya. Hai... tak taulah bila...