Tuesday, December 2, 2008

Selepas Mesyuarat Agung Kali Ke-2

Alhamdulillah..selepas Mesyuarat Agung Kali Ke-2 di laksanakan pada 30 November 2008 yang lepas, beberapa idea dan perancangan baru telah diterima dan bakal di laksanakan. Terutamanya, setelah KOTAWA berjaya mendapat peruntukan geran dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk membuat projek R&D makanan ikan. Insyaallah..projek tersebut akan dilaksanakan segera. Semua ini adalah sejajar dengan matlamat KOTAWA untuk membantu para penternak bumiputera khususnya ahli KOTAWA untuk mendapatkan bekalan makanan ikan yang bermutu tinggi dan halal pada harga yang berpatutan.
Selain itu, KOTAWA juga berhasrat untuk meramaikan lagi bilangan ahli di serata negeri bagi memperkukuhkan koperasi dan membantu para penternak ikan air tawar dari segala segi. Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan rantaian hubungan yang baik antara penternak. Sudah pasti antara kelebihannya seperti para penternak akan bekerjasama membantu antara satu sama lain dengan pengalaman dan kepakaran masing-masing.

No comments: