Sunday, March 8, 2009

KILANG PELLET

Twin Screw Extruder
3-layer oven(dryer)-oil sprayer

Seperti yang telah sedia maklum, dengan menggunakan pellet sebagai makanan ikan, pengeluaran ikan akan terjamin dari aspek kebersihan. Ikan akan lebih bersih dan tidak mengandungi lemak yang banyak. Jadi, ia amat sesuai untuk dijadikan pelbagai jenis produk hiliran seperti salai, ikan kering, serunding, pekasam, fishball dan sebagainya. Dengan itu juga penternak tidak akan mengalami masalah dalam memasarkan ikan kerana sekarang ini sudah ramai IKS tempatan telah mengusahakan produk-produk tersebut. Secara tidak langsung, ia telah meningkatkan value added kepada perusahaan ternakan ikan air tawar khususnya ikan keli ini.
Insyallah..akhir Mac ini mesin pellet extruder akan sampai ke tapak kilang pellet KOTAWA. Kita akan memulakan operasi mulai April 2009 setelah ia akan dirasmikan oleh Menteri Usahawan & Koperasi, Dato' Noh Omar bulan April nanti.
Kandungan bahan mentahnya sudah pastinya tidak perlu diragui sama sekali kerana ia 100% halal dan di peroleh dari sumber-sumber yang amat dikenalpasti. Antaranya temukut beras, ikan baja, kepala ikan bilis dan lain-lain. Ia diformulasikan dengan RND oleh Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Pellet yang akan dihasilkan juga adalah jenis terapung (floating) sehingga 8 jam. Ia menyenangkan penternak untuk memantau pemakanan ikan dan tidak akan membusukkan air.
Untuk pengeluaran yang pertama, kami akan mencuba di kolam milik Green Vision Sdn Bhd. Kami akan melihat sendiri keberkesanannya terhadap 1 pusingan ikan. Ia juga akan dipantau oleh pihak USM sepenuhnya. Setelah itu, pihak KOTAWA akan mencari stokis dan agen untuk memasarkan pellet tersebut.
Contoh mesin pelllet akan dipostkan tidak lama lagi.

No comments: