Thursday, February 12, 2009

Petikan pendapat seorang teman..

Petikan ini dipetik dari sebuah blog...:

”...ada berberapa perkara yang saya ingin bangkitkan sebagai renungan dan pandangan saya diatas pertanyaan dan pendapat sahabat2, ada berberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum anda semua ternak ikan keli dalam kanvas:
1. kesesuaian habitat keli - yg suka duk dalam lumpur.
- andaikata dibela juga dalam kanvas, ia memang boleh. tapi akhirnya ia akan menyebabkan ikan keli tersebut menjadi lebih kecil dan lambat membesar(lambat membesar dikira kos... seperti kos pellet ), yg besar menjadi dominan dan yang keli kecil menjadi kelompok minoriti dalam kanvas yang kecil akhirnya mati!
2. kos makanan yang tinggi,- bila guna kanvas, tiada jalan lain nak kena bagi makan kecuali makan pellet. kerana jika bagi perut ayam or agro waste yang lain, menyebabkan kolam menjadi busuk, berpenyakit dan menyebabkan kos tinggi untuk menyalin air kanvas melainkan anda dapat bekalan air free J .
3. kos kanvas yang mahal
- rm1200-1500 per unit. Malah, ada yang lebih mahal
1 buah kanvas mampu menampung paling maksimum 700 ekor ikan keli. agak2nya brapa kanvaskah yang mampu tingkatkan produktiviti dan penggunaan sumber secara efisyen?20 buah utk skala komersil biasanya.
20 buah x 1500=rm30,000 untuk kanvas shja sdr sudah belanjakan. ia tidak termasuk dgn kos paip, enjin air, jaring, promosi, kenderaan-minyak, upah pekerja dll.
Akhirnya,siapa yang untung?
tokey kanvas
tokey batang paip
tokey enjin air
hmmm..macammane?
Penternak pula makin hari makin cerut perut sebab modal kena keluar makin besar, sebab kena tanggung kos makanan yang makin hari makin meningkat. kos makanan merupakan kos operasi terbesar dalam projek ikan keli kanvas(selain dari kos tetap spt kanvas dll)bila nak jual, tiada permintaan dan tiada pemborong nak beli? Kenapa?Kerana pengeluaran yang sedikit. Berapa sangatlah yang dapat dikeluarkan sekiranya hanya ada 5@6 buah kanvas?. Ia cukup sekadar untuk makan sendiri dan pasaran runcit.
cadangan saya;
1. teknologi ini baik hanya untuk pengusaha kawasan bandar yg tiada kawasan atau tanah untuk dibuat kolam sahaja. andaikata ingin buat, kena buat secara komersil, baru dapat meningkatkan produktiviti.
2. guna sistem kolam tanah scra sistematik- tgk balik apakah kelemahan sistem kolam? adakah ia lebih baik atau sebaliknya?.bagi saya ia adalah lebih baik dari sistem keli kanvas yang diperkenalkan sekarang. kerana ia lebih menjimatkan -
bina 1 kolam saiz 20 x 30 x4 kaki dan boleh memuatkan 10,000 ekor keli berbanding dgn kos RM1+++ hanya untuk 1 kanvas sahaja yg memuatkan maksimum 700 ekor shja?
mana lebih jimat?- kos untuk UTILITI agak kurang berbanding penggunaan kanvas- ikan keli cepat membesar, sesuai dgn habitatnya dan lebih mesra alam
3. andaikata nak usaha juga projek ini, penternak kena fikirkan teknologi untuk mengetinkan ikan keli, jadi IKAN KELI SARDIN dan lawan sardin cap ayam dsbnya. jual dgn harga yg kompetetif dan masuki pasaran halal.
4. cuba lihat prospek jual anak keli - kosnya lagi murah dan menguntungkan. Mungkin RM0.07 sen amat berbaloi utk saiz 1.5 inci.
5.Mewujudkan rantaian makanan semua penternak ikan keli di Malaysia...
dari buat pellet - benih - kolam - pemborong -restoran/hotel-pemasaran dan akhirnya kepada pengguna. Barulah dapat untung banyak dan dapat kurangkan kos.
Harap pandangan saya ini dapat membantu para penternak kita.Ini hanya skdr padangan untuk meneutralkan kegelojohan kita semua. bagi saya, anda semua kena teliti dan analisis sebaik mungkin semua aspek mana2 projek yg anda ingin jalankan. supaya ia bedaya saing dan menguntungkan semua pihak.jangan buat hanya semata2 disebabkan trend. kerana sejarah sudah membuktikan. ayam serama sudah hilang warna, ikan flower horn sudah karam dilautannya, arnab entah kemana dan banyak lagi projek2 baru diperkenalkan sudah tengelam dll.
Buatlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga anda, masyarakat dan negara. perhatikan betul2... kerana anak2 anda sedang menanti 'rezeki' datang dari anda.

Wednesday, February 11, 2009

Info IKAN KELI

Ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia . Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, sungai kuala dan tasik.Sekarang ini ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersial. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah. Ikan keli juga boleh dimasak mengikut pelbagai citarasa anda. Dari goreng kosong, goreng berlada, masak lemak hinggalah asam pedas. Amat menyelerakan. Apatah lagi ikan keli mengandungi kandungan nutrien yang baik terutama omega-3 yang ternyata amat baik untuk perkembangan otak. Jadi, ia amat baik untuk tumbesaran anak-anak. Saya sendiri telah mengamalkannya untuk anak kembar saya, sejak berusia 7 bulan saya mencampurkan ikan keli yang telah digoreng ke dalam bubur nasinya.

Ok, berbalik semula kepada ternakan ikan keli kitaIkan keli boleh diternak dalam kolam besar, kanvas atau sekadar dalam kolah..Untuk menjadikan ternakan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang2nya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Ikan keli di beri makan seperti pellet, daging atau lemak ayam, ikan baja atau roti. Ikan lebih gemar makanan berbentuk pepejal. Namun, sudah terbukti dengan memakan pellet, tumbesaran ikan keli menjadi lebih baik dan kandungan lemak nya amat kurang. Dan ikan yang diberi makan pellet amat sesuai untuk dijadikan produk hiliran seperti ikan kering,ikan keli salai, serunding dan sardin. Ini kerana isinya yang pejal dan tidak mudah terurai.
Hasil ikan keli oleh dituai (harvest) selepas 60-90 hari selepas di lepaskan dalam kolam. Dalam pada itu, perlu dilakukan pengasingan (grading) sekurang-kurangnya 2 minggu sekali bagi memastikan ikan dapat di gredkan mengikut saiznya. Purata berat sekitar 200gram sekilo(saiz 5-6 ekor sekilo) dan dijual sekitar RM3 sekilo. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.
Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini dan masa akan datang. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan. Selain untuk masakan ikan keli boleh juga diproses dagingnya seperti surimi,ikan salai dan sardin.

Tuesday, February 10, 2009

Kolam Ikan Keli


Kolam-kolam ini adalah hak milik Green Vision Sdn Bhd yang disewakan kepada ahli koperasi KOTAWA. Ahli koperasi KOTAWA adalah terdiri daripada penternak yang bernaung dibawah Skim Inkubator Ikan Keli Green Vision Sdn Bhd. Selain dari mereka, ahli koperasi juga terbuka kepada semua penternak ikan air tawar di seluruh Malaysia dan juga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan ikan air tawar.

Monday, February 9, 2009

Gerak Usahawan 2009 di PWTC (6-8hb Feb 2009)

Sempena Gerak Usahawan 2009 di PWTC, pihak kami telah menerima banyak maklumbalas dari pengunjung yang datang ke booth kami. Dari pesara hinggalah pelajar yang masih menuntut datang untuk mendapatkan maklumat. Ramai yang berminat untuk menjadi ahli KOTAWA dan ingin menyertai kursus penternakan dengan kami. Kursus penternakan tersebut adalah usahasama pihak KOTAWA dan syarikat Green VIsion Sdn Bhd yang sememangnya amat berpengalaman dalam bidang penternakan ikan air tawar terutamanya ikan keli.

Sebagai pengedar kepada pelbagai produk hiliran hasilan dari ikan air tawar, kami juga banyak menerima respon dari syarikat yang ingin menjadi pengedar dan pembekal produk-produk tersebut.

Dikesempatan ini, kami pihak pengurusan KOTAWA mengucapkan ribuan terimakasih atas maklumbalas dan cadangan anda.

Sila berhubung dengan kami melalui koperasikotawa@gmail.com