Keahlian KOTAWA terbuka kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam industri perikanan air tawar contohnya penternak,peraih atau pemborong dan pengusaha produk hasilan ikan air tawar kecil-kecilan .
Syer permulaan: Minima RM1000.00
Yuran Tahunan: RM 50.00 setiap tahun
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
PN.SAADIAH: 016-3614469
EN.MOHD FADZIL: 019-2755022
Tuesday, December 2, 2008
Selepas Mesyuarat Agung Kali Ke-2
Alhamdulillah..selepas Mesyuarat Agung Kali Ke-2 di laksanakan pada 30 November 2008 yang lepas, beberapa idea dan perancangan baru telah diterima dan bakal di laksanakan. Terutamanya, setelah KOTAWA berjaya mendapat peruntukan geran dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk membuat projek R&D makanan ikan. Insyaallah..projek tersebut akan dilaksanakan segera. Semua ini adalah sejajar dengan matlamat KOTAWA untuk membantu para penternak bumiputera khususnya ahli KOTAWA untuk mendapatkan bekalan makanan ikan yang bermutu tinggi dan halal pada harga yang berpatutan.
Selain itu, KOTAWA juga berhasrat untuk meramaikan lagi bilangan ahli di serata negeri bagi memperkukuhkan koperasi dan membantu para penternak ikan air tawar dari segala segi. Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan rantaian hubungan yang baik antara penternak. Sudah pasti antara kelebihannya seperti para penternak akan bekerjasama membantu antara satu sama lain dengan pengalaman dan kepakaran masing-masing.
Monday, December 1, 2008
PRODUK HILIRAN
Ikan Keli Kering (Dried Catfish)
Serunding Ikan Keli (Catfish Floss)
Serunding Ikan Keli (Catfish Floss)
Produk-produk yang ditunjukkan di atas adalah produk yang berasaskan daripada ikan keli. Ia di usahakan secara kecil-kecilan oleh para penternak. Di sini, KOTAWA bertindak sebagai pengedar untuk memasarkan produk-produk tersebut. Kepelbagaian hasilan produk amatlah di galakkan untuk membantu para penternak menambah sumber pendapatan meraka.
Subscribe to:
Posts (Atom)