Sunday, November 30, 2008

PERANCANGAN

Berikut adalah diantara beberapa perancangan KOTAWA:
  1. Membuka peluang kepada koperasi-koperasi yang lain untuk melibatkan diri dalam bidang akuakultur. Setakat ini, KOPENAS telah menyertai program ini.
  2. Membuka peluang kepada koperasi-koperasi lain untuk membuka kilang pemprosesan untuk produk-produk berasaskan ikan air tawar. Khususnya ikan keli.

AKTIVITI

Antara aktiviti-aktiviti koperasi yang sedang dilaksanakan ialah:
  1. Mencari seberapa banyak pasaran tempatan dan juga luar negara bagi membantu memasarkan ikan air tawar. Buat masa ini, fokus kepada ikan keli.
  2. Mewujudkan sebuah kilang sederhana besar bagi memproses & mengeluarkan makanan ikan yang berkualiti dan HALAL agar dapat mengurangkan kos pembelian makanan oleh para penternak.
  3. Mewujudkan sebuah pusat pengumpulan benih ikan (KOTAWA sebagai tempat membeli benih dari pengusaha kecil hatcheri)
  4. Menjadi pengedar kepada penternak yang memerlukan anak benih.
  5. Menjadi pengedar tetap kepada produk hiliran berasaskan ikan keli
  6. Memberi khidmat tunjuk ajar dan konsultansi kepada para penternak baru.
  7. Menyediakan kursus & latihan dalam bidang akuakultur air tawar.

Apa itu KOTAWA?


Adalah singkatan daripada KOPERASI PENTERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR BERHAD.

VISI:
Menjadikan KOTAWA sebagai sebuah koperasi yang dapat membantu para penternak ikan air tawar khasnya dalam memajukan usahawan-usahawan kearah lebih berdaya saing.

OBJEKTIF:
  1. Menangani masalah utama yang dihadapi oleh penternak ikan air tawar khasnya bumiputera dalam hal pemasaran, pemakanan dan pembenihan.
  2. Mewujudkan rangkaian usahawan akuakultur (value chain)
  3. Mempromosikan hasil ikan keli yang HALAL, BERSIH dan BERKHASIAT